Thursday, August 12, 2010

Makanan Untuk Kesihatan


Nilai Makanan

Apabila kita menaiki tangga yang curam, adakah kita akan :
  • Berpeluh dengan banyak?
  • Merasa panas?
  • Termengah-mengah?
  • Penat?
Mengapa kita mengalami keadaan-keadaan di atas?

Sebab yang utama ialah, anggota badan kita telah menggunakan semua tenaga yang ada namun, keadaan akan kembali normal apabila tenaga itu digantikan.

Setelah dicerna, makanan akan mengeluarkan haba dan tenaga untuk :
  • Memanaskan tubuh badan kita.
  • Membolehkan semua organ dalam badan kita berfungsi walaupun semasa berehat.
  • Memberikan tenaga untuk kita melakukan tugasan harian.
Nilai tenaga dalam makanan disukat dengan unit yang dipanggil kalori atau kilokalori.
  • 1 kilokalori ialah hitungan tenaga haba yang diperlukan untuk menaikkan suhu 1 gram air kepada 1 oC.
Nilai Kalori merupakan kilokalori atau 1000 Kilokalori atau unit tenaga yang diperlukan untuk menaikkan suhu 1 gram air kepada 1 oC.

Selain kalori, joule juga digunakan untuk mengukur tenaga. Unit joule adalah terlalu kecil dan oleh itu, kilojoule (kJ) atau megajoule (MJ) digunakan.

1 kalori = 4.184 kJ
1 kilokalori = 4184 kJ =4.184 kJ
1000 kilokalori = 4184000 J = 4.184 MJ

Nilaian tenaga nutrien-nutrien dalam makanan adalah seperti berikut :

1 gram protein boleh menghasilkan 4.0 Kalori atau 17 kJ
1 gram karbohidrat boleh menghasilkan 4.0 Kalori atau 17 kJ
1 gram lemak boleh menghasilkan 9.0 Kalori atau 37 kJ


Faktor-faktor yang Mempengaruhi Peruntukan Kalori

Faktor-faktor

Kumpulan yang memerlukan lebih tenaga

Kumpulan yang memerlukn kurang tenaga

Umur

Bayi

Kanak-kanak Remaja

(sedang membesar

dan sangat aktif)

Orang Tua

Sebilangan

orang dewasa

(aktiviti organ dalam badan perlahan)

Jantina

Lelaki

- mempunyai lebih banyak otot-otot tisu keras yang memerlukan tenaga yang lebih untuk memeliharanya

- lebih aktif

Perempuan

Mempunyai kurang otot-otot tisu yang keras

Kurang aktif

Saiz badan

Orang yang tinggi atau mempunyai saiz badan yang besar

Orang yang kecil saiz badannya

Pekerjaan

Pekerja yang menjalankan kerja berat, misalnya tukang kebun kerana banyak menggunakan tenaga jasmaninya

Pekerja aktif

Pekerja pejabat yang sepanjang masa membuat sedikit riadah atau tidak beriadah langsung

Pekerja pasif

Kesihatan

Orang yang sakit atau sedang pulih dari pelbagai penyakit atau kecederaan

Ibu hamil kerana banyak menggunakan tenaga untuk aktiviti organ dalam tubuh dan gerakan

Orang yang berpuasa atau orang yang kekurangan zat makanan memerlukan kurang tenaga untuk mencerna makanannya.

Aktiviti individu

Orang yang aktif

- aktiviti organ dalam badan bergerak lebih cepat untuk menerima lebih banyak oksigen

- badan menjadi lebih panas dan lebih berpeluh untuk mengawal suhu badan

Orang yang pasif tidak menggunakan tenaga dengan begitu cepat

Iklim

Lebih banyak tenaga diperlukan untuk memanaskan badan di tempat beriklim sejuk atau pada musim sejuk

Kurang tenaga diperlukan untuk memanaskan badan di tempat beriklim panas atau pada musim sejuk



No comments:

Post a Comment