Tuesday, August 31, 2010

Tanaman Landskap II

Menyusun dan Menanam Tanaman Landskap

Kaedah menyusun dan menanam tumbuhan hiasan pada taman mini bergantung kepada jenis taman mini yang akan dibina iaitu taman mini bekas terbuka, taman mini bekas tertutup atau taman mini di tapak atau plot.

Langkah-langkah menyusun dan menanam tanaman hiasan pada taman mini terbuka, di tapak atau di plot termasuklah:
1. Buat satu lubang penanaman dengan menggunakan sudip pada tempat penanaman mengikut pelan.
2. Letakkan anak pokok ke dalam lubang penanaman tersebut.
3. Timbuskan pengkal anak pokok dengan medium penanaman dan padatkan.
4. Lakukan siraman.

Landskap Taman Mini

Reka Bentuk Taman Mini

Taman mini ialah taman yang ditanam dengan pokok hiasan yang bersaiz kecil di kawasan yang terhad.

Prinsip Reka Bentuk Taman Mini

1. Keringkasan
2. Keanekaan
3. Keseimbangan
4. Penumpuan dan penegasan
5. Turutan
6. Skala
7. Skala

Tanaman Landskap

Fungsi Tanaman Landskap

1. Memberi perlindungan dan teduhan daripada hujan, angin, sinaran matahari dan silauan cahaya.
2. Membentuk ruang di mana tanaman landskap boleh membentuk sempadan kepada ruang-ruang tertentu. Contohnya, antara ruang pejalan kaki dengan laluan kenderaan.
3. Menghadang pemandangan yang tidak menarik. Contohnya, kawasan sungai yang telah tercemar.
4. Mengarah pergerakan, petunjuk arah atau persimpangan. Contohnya, binaan landskap yang mengarah pergerakan pejalan kaki.
5. Mengindahkan pemandangan
6. Mengurangkan kebosanan. Warna-warna pada landskap boleh menghilangkan kebosanan orang yang melihatnya.

Landskap

Maksud Landskap

Landskap ialah satu usaha untuk memelihara alam sekitar dan keindahannya supaya manusia dapat hidup dengan lebih selesa dan harmoni.

Kepentingan Lanskap Terhadap Kehidupan

1. Kepentingan dari sudut ekonomi
2. Kepentingan kepada alam sekitar
3. Kepentingan estetika

Ekonomi

•Perniagaan nursery : membekalkan pelbagai jenis pokok hiasan, bahan tanaman, medium dan bekas penanaman, peralatan perkebunan, baja dan racun kimia.

•Kedai bunga : menerima tempahan bunga dan menjual bunga-bunga segar

•Kontraktor landskap : terlibat dalam kerja melukis pelan, mereka bentuk landskap, penanaman,pembinaan struktur dan penyenggaraan.

•Menggalakkan aktiviti pelancongan

Alam Sekitar

•Mengawal hakisan tanah

•Mengawal suhu persekitaran

•Mengawal pencemaran alam

•Imbangan ekologi dan kehidupan fauna

Estetika

•Menarik dan dapat meningkatkan nilai estetika sesuatu kawasan

•Merangsang ketenangan jiwa

•Mempertingkatkan taraf hidup kerana kawasan landskap dapat mendatangkan kebaikan dari sudut kesihatan





Monday, August 30, 2010

Tukul

TUKUL

Tukul merupakan satu alat tangan yang digunakan dalam bengkel kejuruteraan . Pada amnya tukul boleh dibahagikan kepada dua jenis, tukul besi dan tukul LembutJustify Full

TUKUL BESI

Tukul besi digunakan untuk kerja kerja menggegas dan menanda. Muka dan bongkol kepala tukul di keraskan dan dibaja dengan baik supaya tidak mudah sumbing dan mengembang apabila ditukul. Bahagian keliling lubang dan leher dibiarkan lembut . Batang tukul diperbuat dari kayu hickory,ash atau spotted gum. Berat tukul besi ialah antara .25 kg. hingga 1.5 kg. Untuk kerja-kerja am, tukul seberat 0.5kg hingga 1 kg. digunakan. Tukul yang ringan d gunakan untuk kerja-kerja menanda . Menukul boleh dilakukan dengaan kuasa jentera selain dengan cara biasa, iaitu dengan tangan.


JENIS-JENIS TUKUL BESI

i. Tukul bongkol bulat
ii. Tukul bongkul lurus
iii.Tukul bongkol tirus


Tukul bongkol bulat

Bongkol kepala tukul ini berbentuk separuh bulat. Bahagian permukaan rata digunakan untuk menatal dan membuat kerja am seperti untuk menukul kepala pahat dan alat-alat menanda . Bongkol bulat pula digunakan untuk meribet.

Tukul bongkol lurus.

Kepala tukul ini searah dengan paksi hulunya. Tukul jenis ini digunakan untuk menukul bahagian –bahagina yang tidak bolih dilakukan oleh tukul kepala bulat.

Tukul bongkol tirus.

Kepala tukul ini bersudut tepat dengan paksinya. Kegunaannya sama dengan tukul bongkol lurus. Kecuali sudut penggunaan nya berbedza. Tukul ini digunakan jika tukul kepala lurus tidak bolih digunakan.


TUKUL LEMBUT

Tukul lembut digunakan untuk menukul bendakerja yang telah siap supaya permukaan bendakerja itu tidak rosak. Tukul lembut juga terbahagi kepada tiga jenis. Iaitu:

i. Tukul bongkol kulit
ii. Tukul bongkol plastik
iii.Tukul bongkol gangsa


Tukul bongkol Kulit

Tukul ini digunakan keatas logam lembut saperti tembaga atau loyang. Ia tidak akan meninggalkan kesan pada bendakerja. .

Tukul bongkol plastik

Digunakan pada logam yang biasa digunakan dalam bengkel. Tetapi apabila ia digunakan pada logam yang lebih lembut, hendaklah lebih berhati-hati, supaya tidak meninggalkan kesan.

Tukul bongkol gangsa

Apabila tukul ini di hentak , ia tidak akan melantun saperti kedua-dua jenis tukul diatas. Hentakan yang kuat boleh dilakukan tetapi haruslah berhati-hati terhadap logam yang dihentak adalah logam lembut. Ia digunakan semasa kerja kerja pemasangan.

Langkah keselamatan semasa menggunakan tukul


i. Pastikan bahawa batang pemegang adalah ketat kepada kepala tukul.
ii. Jangan gunakan tukul jika tangan berminyak
iii. Kawasan kerja mestilah lapang , tidak ada apa-apa menghalang kelancaran untuk menukul.
iv. Pastikan bahawa tidak ada sesiapa pun dibelakang semasa menukul.
v. Gunakan ketukan yang seimbang sekadar dengan keupayaan tenaga sendiri.

Friday, August 13, 2010

Hak Pengguna


Tujuan dan Kepentingan Menjaga Hak Sebagai Pe
ngguna

1.Menjadi Pengguna yang Tidak Mudah Ditipu

Pengguna hendaklah sentiasa menjaga kepentingan haknya dan sentiasa berhati-hati dalam segala tindakannya. Mereka akan merancang belanjawan untuk memenuhi keperluan dan kehendak serta sentiasa peka dan tidak mudah tertipu dengan iklan-iklan di sekelilingnya.



Pengguna dan Konsumerisme

Pengguna

Pengguna/konsumer ialah orang yang menggunakan barang, perkhidmatan dan sumber alam semula jadi.

Konsumerisme

Konsumerisme/kepenggunaan ialah segala kegiatan yang dilakukan oleh orang ramai untuk menjaga hak dan kepentingan mereka sebagai pengguna.

Hak dan Tanggungjawab Pengguna
  • Ganti rugi atau pampasan
  • Pendidikan
  • Mendapatkan maklumat
  • Membuat pilihan
  • Alam sekitar yang bersih
  • Keperluan asas
  • Mendapatkan perlindungan
Hak Pengguna
Pengguna yang bijak adalah pengguna yang tahu dan menyedari haknya sebagai pengguna serta bertindak dengan bijaksana dan bertanggungjawab. Terdapat 8 hak pengguna :

  • Hak mendapat keperluan asas
  • Hak menikmati alam sekitar yang sihat dan selamat
  • Hak membuat pilihan
  • Hak mendapat maklumat
  • Hak mendapat pendidikan kepenggunaan
  • Hak mendapat ganti rugi
  • Hak mendapat keselamatan
  • Hak bersuara