Friday, August 13, 2010

Kaedah Membuat Biskut

Kaedah Gaul dan Ramas

Kaedah ini merupakan kaedah yang paling ringkas dalam pembuatan kek dan biskut. Kaedah ini perlu dibuat dengan cepat supaya mendapatkan hasil yang baik.

Pengertian Kaedah Gaul dan Ramas

Kaedah gaul dan ramas ialah lemak dan tepung digaul ramas dengan menggunakan hujung jari hingga menjadi seperti serbuk roti.

Biskut yang Disediakan dengan Menggunakan Kaedah Gaul dan Ramas

Antara biskut yang dihasilkan melalui kaedah gaul dan ramas adalah seperti :
  • Biskut Samperit
  • Tart Nanas
  • Biskut Kacang
  • Biskut Makmur
Kek yang Disediakan dengan Kaedah Gaul dan Ramas
  • Ban Batu Karang
  • Ban Jem
  • Kek Bantal

Pengertian PASTRI?

Pastri ialah adunan tepung, lemak dan cecair yang dihasilkan dalam bentuk doh. Pastri yang dihasilkan melalui kaedah gaul dan ramas dikenali sebagai pastri rapuh.

PASTRI yang Disediakan dengan Kaedah Gaul dan Ramas
  • Karipap
  • Sardin Gulung
  • Tart Kelapa


Kaedah Putar


Kaedah putar adalah satu kaedah yang sesuai untuk membuat kek dan biskut yang kaya dengan lemak. Adunan kaedah putar mengandungi sukatan lemak lebih banyak daripada sukatan tepung. Ini menyebabkan kek lebih lemak, lembab dan tahan lebih lama. Lemak yang boleh digunakan ialah marjerin, mentega dan lemak sayur.

Pengertian Kaedah Putar

Kaedah putar ialah kaedah di mana lemak dan gula diputar sehingga menjadi kembang dan putih.

Biskut yang Disediakan dengan Kaedah Putar
  • Biskut Badam Rangup
  • Biskut Serpihan Coklat
  • Biskut Cornflakes Rangup

Kek yang Disediakan dengan Kaedah Putar
  • Kek Pelangi
  • Kek Permaisuri
  • Kek Coklat


Kaedah Enjut

Kaedah enjut ialah kaedah yang menggunakan sukatan gula dan telur yang banyak serta sedikit tepung. Tiada lemak dan serbuk penaik yang digunakan. Jumlah telur yang banyak menjadikan adunan lebih ringan.

Pengertian Kaedah Enjut

Kaedah enjut ialah ialah kaedah yang menggabungkan gula dan telur dan dienjut sehingga kembang dan gebu. Kualiti kek yang dihasilkan dengan kaedah ini bergantung kepada kuantiti udara yang terperangkap di dalam adunan ketika mengenjut.

Kek yang Disediakan dengan Kaedah Enjut

Bahulu dan segala variasi bahulu. Contohnya :
  • Bahulu Gulung
  • Bahulu Lapis



No comments:

Post a Comment