Friday, August 13, 2010

Elektrik

Elektrik adalah sumber tenaga yang diperlukan dalam kehidupan manusia seharian. Contoh peralatan yang menggunakan tenaga elektrik ialah peti sejuk, lampu, radio dan komputer.

Mengira Kos Elektrik

Tenaga elektrik digunakan untuk memenuhi untuk memenuhi pelbagai keperluan harian. Tenaga elektrik disalurkan dari rumah ke rumah dan premis oleh Tenaga Nasional Berhad (TNB). Tenaga yang telah digunakan perlu dibayar mengikut jumlah yang tertentu berdasarkan bacaan pada meter kilowatt jam (kWj).

Membaca Meter Kilowatt Jam (kWj)

Meter kilowatt jam (jWk) digunakan untuk menyukat jumlah tenaga elektrik yang digunakan di rumah atau premis. Tenaga elektrik yang digunakan disukat dalam unit ukuran kilowatt jam.

1 kilowatt = 1000 watt
1 kilowatt jam = 1000 x 1 jam (1000 watt digunakan dalam masa 1 jam)
1 kilowatt jam = 1 unit (tenaga digunakan)

Meter kWj Jenis Digital

Meter kWj jenis digital menggunakan satu siri nombor mewakili 10 000, 1 000, 100, 10, 1 dan 0.1. Bacaan meter dibaca mengikut digit besar ke digit kecil. Digit di ruang terakhir tidak perlu dibaca kerana nilainya kurang daripada satu unit.

Mengira Kos Penggunaan Tenaga Elektrik

Tenaga Nasional Berhad (TNB) bertanggungjawab membekalkan tenaga elektrik dan membaca meter kWj pada setiap bulan.

Jadual Kadar Tariff

Tarif A – Tarif Kediaman UNIT KADAR

Bagi 200 unit pertama sebulan RM/kWj 0.218

Bagi 800 unit berikutnya sebulan RM/kWj 0.258

Bagi setiap unit tambahan sebulan RM/kWj 0.278

TARIF B – TARIF PERDAGANGAN VOLTAN RENDAH

Bagi semua unit RM/kWj 0.288

TARIF C – TARIF PERDAGANGAN VOLTAN SEDERHANA

Bagi setiap kilowatt kehendak maksimum sebulan RM/kWj 0.173

Bagi semua unit RM/kWj 0.208

TARIF C2 – TARIF PERDAGANGAN PUNCAK

LUAR PUNCAK VOLTAN SEDERHANA

Bagi setiap kilowatt kehendak maksimum sebulan RM/kWj 0.258

dalam tempoh puncak

Bagi semua unit dalam tempoh puncak RM/kWj 0.208

Bagi semua unit dalam tempoh luar puncak RM/kWj 0.128




No comments:

Post a Comment