Friday, August 13, 2010

Pengguna dan Konsumerisme

Pengguna

Pengguna/konsumer ialah orang yang menggunakan barang, perkhidmatan dan sumber alam semula jadi.

Konsumerisme

Konsumerisme/kepenggunaan ialah segala kegiatan yang dilakukan oleh orang ramai untuk menjaga hak dan kepentingan mereka sebagai pengguna.

Hak dan Tanggungjawab Pengguna
  • Ganti rugi atau pampasan
  • Pendidikan
  • Mendapatkan maklumat
  • Membuat pilihan
  • Alam sekitar yang bersih
  • Keperluan asas
  • Mendapatkan perlindungan
Hak Pengguna
Pengguna yang bijak adalah pengguna yang tahu dan menyedari haknya sebagai pengguna serta bertindak dengan bijaksana dan bertanggungjawab. Terdapat 8 hak pengguna :

  • Hak mendapat keperluan asas
  • Hak menikmati alam sekitar yang sihat dan selamat
  • Hak membuat pilihan
  • Hak mendapat maklumat
  • Hak mendapat pendidikan kepenggunaan
  • Hak mendapat ganti rugi
  • Hak mendapat keselamatan
  • Hak bersuara

No comments:

Post a Comment