Thursday, August 12, 2010

Kesilapan Semasa Menjahit

(a) Gelung di bawah jahitan

Sebabnya :

1. Benang tidak dipasang dengan betul.

2. Benang bawah dan atas tidak sama kasar.

3. Sekoci tidak dimasukkan dengan betul.

4. Tegangan benang bawah terlampau ketat.

5. Tegangan benang atas longgar.

6. Benang atas tidak berada di antara piring ceper pemegang benang.

7. Mesin kotor dan tidak diminyakkan.

8. Kelim yang hendak dijahit terlampau tebal.

(b) Jarum mesin patah

Sebabnya :

1. Jarum tidak dipasang dengan betul.

2. Jarum tidak sesuai dengan fabrik yang hendak dijahit.

3. Mutu jarum kurang elok.

4. Jarum tidak dipasang dengan ketat.

5. Terjahit peniti yang tertinggal.

6. Terjahit simpulan keras di fabrik.

7. Fabrik ditarik dengan kuat ke arah hadapan mesin.

8. Fabrik dijahit terlampau tebal atau kelimnya bertindih.

9. Tapak penekan jahitan tidak dipasang di tempatnya dengan betul.

10. Tapak zip tidak dipasang dengan betul.

11. Sekoci tidak dipasang dengan betul

(c) Kelim berkedut

Sebabnya :

1. Jarum yang digunakan tumpul.

2. Jarum kasar untuk kain yang hendak dijahit.

3. Benang kasar untuk kain yang dijahat.

4. Tegangan jahitan mesin.

5. Kain tidak dipegang semasa menjahit.

6. Mesin kotor.

7. Kelim tidak ditekan sebelum menjahit.

8. Kelim tidak dijelujur sebelum dijahit.

9. Saiz mata jahitan tidak sesuai dengan dengan fabrik yang hendak dijahit.

(d) Benang bawah putus

Sebabnya :

1. Tegangan benang bawah ketat.

2. Sekoci terlampau penuh.

3. Sekoci tidak diisi sama rata.

4. Benang tertanggal daripada sekoci.

5. Benang terlekat di sekoci.

6. Benang bawah reput.

7. Mesin kotor.

8. Sekoci berkarat dan benang terlekat padanya.

9. Sarung sekoci tidak dipasang dengan betul.

10. Benang tidak sesuai dengan fabrik.

(e) Benang di atas putus

Sebabnya :

1. Tegangan benang atas ketat.

2. Benang tidak dipasang dengan betul.

3. Benang atas tersimpul.

4. Jarum tumpul atau bengkok.

5. Jarum tidak dipasang dengan betul.

6. Jarum tidak sesuai dengan fabrik.

7. Roda imbang terpusing ke belakang.

8. Benang bawah dan atas tidak sama kasar.

9. Spring dan ceper pemegang benang putus.

(f) Mata jahitan melangkau

Sebabnya :

1. Jarum tidak dipasang dengan betul.

2. Jarum bengkok atau tumpul.

3. Mesin kotor.

4. Fabrik dijahit berlapis atau bertindih.

5. Fabrik ditarik apabila menjahit.

No comments:

Post a Comment