Monday, August 30, 2010

Tukul

TUKUL

Tukul merupakan satu alat tangan yang digunakan dalam bengkel kejuruteraan . Pada amnya tukul boleh dibahagikan kepada dua jenis, tukul besi dan tukul LembutJustify Full

TUKUL BESI

Tukul besi digunakan untuk kerja kerja menggegas dan menanda. Muka dan bongkol kepala tukul di keraskan dan dibaja dengan baik supaya tidak mudah sumbing dan mengembang apabila ditukul. Bahagian keliling lubang dan leher dibiarkan lembut . Batang tukul diperbuat dari kayu hickory,ash atau spotted gum. Berat tukul besi ialah antara .25 kg. hingga 1.5 kg. Untuk kerja-kerja am, tukul seberat 0.5kg hingga 1 kg. digunakan. Tukul yang ringan d gunakan untuk kerja-kerja menanda . Menukul boleh dilakukan dengaan kuasa jentera selain dengan cara biasa, iaitu dengan tangan.


JENIS-JENIS TUKUL BESI

i. Tukul bongkol bulat
ii. Tukul bongkul lurus
iii.Tukul bongkol tirus


Tukul bongkol bulat

Bongkol kepala tukul ini berbentuk separuh bulat. Bahagian permukaan rata digunakan untuk menatal dan membuat kerja am seperti untuk menukul kepala pahat dan alat-alat menanda . Bongkol bulat pula digunakan untuk meribet.

Tukul bongkol lurus.

Kepala tukul ini searah dengan paksi hulunya. Tukul jenis ini digunakan untuk menukul bahagian –bahagina yang tidak bolih dilakukan oleh tukul kepala bulat.

Tukul bongkol tirus.

Kepala tukul ini bersudut tepat dengan paksinya. Kegunaannya sama dengan tukul bongkol lurus. Kecuali sudut penggunaan nya berbedza. Tukul ini digunakan jika tukul kepala lurus tidak bolih digunakan.


TUKUL LEMBUT

Tukul lembut digunakan untuk menukul bendakerja yang telah siap supaya permukaan bendakerja itu tidak rosak. Tukul lembut juga terbahagi kepada tiga jenis. Iaitu:

i. Tukul bongkol kulit
ii. Tukul bongkol plastik
iii.Tukul bongkol gangsa


Tukul bongkol Kulit

Tukul ini digunakan keatas logam lembut saperti tembaga atau loyang. Ia tidak akan meninggalkan kesan pada bendakerja. .

Tukul bongkol plastik

Digunakan pada logam yang biasa digunakan dalam bengkel. Tetapi apabila ia digunakan pada logam yang lebih lembut, hendaklah lebih berhati-hati, supaya tidak meninggalkan kesan.

Tukul bongkol gangsa

Apabila tukul ini di hentak , ia tidak akan melantun saperti kedua-dua jenis tukul diatas. Hentakan yang kuat boleh dilakukan tetapi haruslah berhati-hati terhadap logam yang dihentak adalah logam lembut. Ia digunakan semasa kerja kerja pemasangan.

Langkah keselamatan semasa menggunakan tukul


i. Pastikan bahawa batang pemegang adalah ketat kepada kepala tukul.
ii. Jangan gunakan tukul jika tangan berminyak
iii. Kawasan kerja mestilah lapang , tidak ada apa-apa menghalang kelancaran untuk menukul.
iv. Pastikan bahawa tidak ada sesiapa pun dibelakang semasa menukul.
v. Gunakan ketukan yang seimbang sekadar dengan keupayaan tenaga sendiri.

No comments:

Post a Comment