Tuesday, August 31, 2010

Landskap

Maksud Landskap

Landskap ialah satu usaha untuk memelihara alam sekitar dan keindahannya supaya manusia dapat hidup dengan lebih selesa dan harmoni.

Kepentingan Lanskap Terhadap Kehidupan

1. Kepentingan dari sudut ekonomi
2. Kepentingan kepada alam sekitar
3. Kepentingan estetika

Ekonomi

•Perniagaan nursery : membekalkan pelbagai jenis pokok hiasan, bahan tanaman, medium dan bekas penanaman, peralatan perkebunan, baja dan racun kimia.

•Kedai bunga : menerima tempahan bunga dan menjual bunga-bunga segar

•Kontraktor landskap : terlibat dalam kerja melukis pelan, mereka bentuk landskap, penanaman,pembinaan struktur dan penyenggaraan.

•Menggalakkan aktiviti pelancongan

Alam Sekitar

•Mengawal hakisan tanah

•Mengawal suhu persekitaran

•Mengawal pencemaran alam

•Imbangan ekologi dan kehidupan fauna

Estetika

•Menarik dan dapat meningkatkan nilai estetika sesuatu kawasan

•Merangsang ketenangan jiwa

•Mempertingkatkan taraf hidup kerana kawasan landskap dapat mendatangkan kebaikan dari sudut kesihatan





No comments:

Post a Comment