Sunday, August 1, 2010

Mesin Jahit I

MESIN JAHIT

Mesin jahit ialah alat jahitan yang amat berguna dalam melakukan kerja-kerja menjahit. Jahitan mesin adalah lebih mudah dan cepat dilakukan jika dibandingkan dengan jahitan tangan.

Terdapat berbagai-bagai jenis dan jenama mesin jahit yang terdapat di pasaran. Terdapat tip-tip yang boleh digunakan apabila membeli mesin jahit. Antaranya ialah:
  1. Pilih mesin mengikut kesesuaian dengan keperluan dan kemampuan kita.
  2. Pilih mesin yang bermutu tinggi (bagi mengelakkan kerosakan dalam masa yang singkat).
  3. Pilih mesin yang berjenama popular (bagi memudahkan mendapat alat ganti sekiranya berlaku kerosakan pada mesin).
Pada zaman dahulu mesin jahit tidak dilengkapi dengan kemudahan untuk menjahit jahitan yang hanya boleh dijahit dengan tangan. Contohnya, variasi dalam jahitan sulaman (jahitan silang pangkah, jahitan lubang butang dan sebagainya). Namun, apabila berlakunya revolusi dalam pemikiran dan teknologi manusia, mesin jahit moden telah dihasilkan. Mesin jahit moden dilengkapi dengan pelbagai fungsi dan pelbagai jahitan yang dahulunya hanya boleh dijahit dengan tangan.


Jenis-Jenis Mesin Jahit



1. Mesin Tangan
  • Mesin ini murah.
  • Mudah diangkat dan boleh diletakkan pada mana-mana permukaan yang rata.
  • Dijalankan dengan cara memusingkan pengayuhnya yang melekat pada roda imbang.
  • Pergerakan mesin sangat lambat dan memenatkan penjahit. Sebelah tangan digunakan untuk memegang kerja dan sebelah lagi memusingkan roda.






2.
Mesin Kaki
  • Mesin ini dipasang pada rangka keluli dan dijalankan dengan pergerakan kaki yang diletakkan pada pemijak.
  • Kedua-dua belah tangan boleh digunakan untuk mengawal jahitan.
  • Mesin ini lebih laju daripada mesin tangan.
  • Boleh disimpan dan dimasukkan ke dalam rangka dan meninggalkan permukaan rata yang boleh digunakan sebagai meja.






3. Mesin Elektrik
  • Digerakkan dengan menggunakan kuasa elektrik.
  • Mesin tangan dan mesin kaki boleh menjadi mesin eletrik dengan memasang motor pada bahagian mesin tersebut.
  • Lebih mahal, senang digunakan dan tidak menggunakan tenaga untuk menjalankannya.
  • Mesin berfungsi apabila alat penekanan ditekan atau dipijak.
  • Had lajunya dikawal dengan alat penekat kaki (semakin kuat ditekan, semakin laju pergerakan mesin).







4. Mesin Elektronik
  • Jenis yang paling moden sekali.
  • Harganya lebih mahal daripada mesin elektrik.
  • Berbagai-bagai jenis mata jahitan, corak dan proses dapat dikendalikan.
  • Memerlukan kecekapan dan kemahiran semasa menggunakannya.


No comments:

Post a Comment