Tuesday, August 10, 2010

Mesin Jahit II

Perkara-Perkara yang Perlu Diingat Apabila Menggunakan Mesin Jahit

  1. Letakkan mesin jahit di tempat yang terang. Pastikan cahaya tidak dilindungi oleh bayang-bayang mesin.
  2. Gunakan saiz jarum dan benang yang sesuai dengan fabrik yang hendak dijahit.
  3. Uji saiz mata jahitan di atas dua keping fabrik (gunakan perca kain) dan uji tegangan benang sebelum mula menjahit.
  4. Pastikan tiada jarum peniti yang tertinggal di antara lipatan, kelepet atau kelim sebelum menjahit (Tujuan : mengelakkan jarum patah).
  5. Ketika menjahit, letakkan bahagian fabrik yang lebar ke sebelah kiri mesin.
  6. Sebelum memulakan operasi menjahit, turunkan jarum ke fabrik, kedua-dua urat benang ditarik ke belakang dan turunkan tuas angkat.
  7. Apabila menjahit, jangan menarik atau menolak fabrik (Tujuan : mengelakkan saiz mata jahitan dan kedudukan jahitan berubah). Pergerakan fabrik perlu dikawal supaya jahitan kemas dan lurus.
  8. Jahit mengikut jahitan jelujur di atas garisan pemadan.
  9. Untuk menjahit penjuru fabrik :
i. Turunkan jarum ke fabrik.
ii. Naikkan tuas angkat untuk menaikkan tiang penekan jahitan.
iii. Pusingkan Fabrik.
iv. Turunkan tuas angkat kemudian terus menjahit.


10. Selepas menjahit :

i. Naikkan tuas angkat.
ii. Naikkan jarum setinggi-tingginya.
iii. Tarik fabrik dan benang perlahan-lahan ke arah belakang mesin.
iv. Gunting benang dan susupkan dengan betul.

No comments:

Post a Comment