Thursday, August 12, 2010

Cara Menjahit


Cara Menjahit dengan Mesin Jahit


Sebelum menjahit :

1. Menggulung benang pada gelendong.


(i)


Longgarkan skru pemberhenti jahitan (Tujuan : memberhentikan jarum daripada bergerak)


(ii) dan (iii)


Masukkan gelendong kepada pemusing gelendong hingga ke lubang kecil pada gelendong dalam pin kecil di pemusing gelendong. Tekan pemusing gelendong (iii)


(iv)


Bawa benang daripada ‘a kepada b’ bertemu ke c’ (ceper pemandu) dan kemudian ke atas (iaitu ke gelendong)


(v)


Pegang hujung benang melalui satu daripada lubang-lubang di gelendong dengan tangan kiri. Sedia untuk menjalankan mesin untuk menggulung benang.




(vi)


Gelendong akan cepat penuh dengan benang dan dengan sendirinya pemusing akan keluar apabila penuh. Ketatkan skru pemberhenti jahitan. Gunting benang di ‘d’



2. Memasang jarum.


(a) Longgarkan skru pemegang jarum.


(b) Bahagian rata jarum menghadap

skru.


(c) Letakkan jarum di atas melalui skru.


(d) Ketatkan skru pemegang jarum.


(e) Pusingkan roda imbang menghala

anda untuk menurunkan jarum. Pastikan

jarum masuk di pertengahan lubang

jarum di dalam gigi penolak.


3. Memasang benang pada mesin.


(a) Pusingkan roda imbang dan naikkan tuasnya kepada poin yang paling tinggi.


(b) Letakkan buku benang pada tiang gelendong benang di ‘a’ dan bawa benang kepada

sangkutan pemandu di ‘b


(c) Bawa benang ke bawah dan pusingkan pada pengawal kendur benang di ‘c’. Kemudian

bawa benang atas di ‘d’ iaitu di spring dan naik ke ‘e’ (tuas pemegang benang).


(d) Masukkan hujung benang melalui ceper pemandu di ‘f’ dan ‘g’.


(e) Masukkan benang melalui mata jarum mesin dan tarik benang 7.6cm atau 10cm panjang.



4. (a) Memasang gelendong pada sekoci.


(i)


Pegang sekoci dengan tangan kiri dan gelendong di tangan kanan. Perhatikan bahawa benang mengikut arah lawan pusingan jam.


(ii)


Masukkan gelendong ke dalam sekoci dan tarik benang keluar di ‘a’. Sisipkan benang ke logam x (lihat b) dan tarik benang melalui ‘c’.

(b) Masukkan gelendong ke dalam mesin.


(i)


Tarik sisip keluar pada sekoci. Masukkan gelendong ke dalam sekoci mesin jahit.


(ii)


Lepaskan sisip dan tekan sekoci ke dalam.

5. Bersedia untuk menjahit.


(i)


Pegang benang daripada jarum dengan tangan kiri. Turunkan jarum ke dalam lubang gigi penolak.


(ii)


Naikkan jarum dan tarik hujung benang perlahan-lahan dan bawa keluar benang daripada gelendong.


(iii)


Tarik gelung ini keluar melalui permukaan dengan jari.


(iv)


Letakkan kedua-dua benang, atas dan bawah ke belakang penekan jahitan (Tujuan : elakkan benang daripada kusut)

No comments:

Post a Comment