Tujuan dan Kepentingan Menjaga Hak Sebagai Pengguna
1.Menjadi Pengguna yang Tidak Mudah Ditipu
Pengguna hendaklah sentiasa menjaga kepentingan haknya dan sentiasa berhati-hati dalam segala tindakannya. Mereka akan merancang belanjawan untuk memenuhi keperluan dan kehendak serta sentiasa peka dan tidak mudah tertipu dengan iklan-iklan di sekelilingnya.
2.Tidak Berlaku Penyelewengan oleh Pengeluar
Apabila pengguna tahu menjaga kepentingan hak mereka, pengeluar tidak akan mengeluarkan barang tanpa maklumat yang lengkap. Pengeluar akan memastikan mutu, timbangan serta kandungan bahan tepat seperti yang tertera pada label.
3.Menjadi Individu Bermaklumat
Pengguna sepatutnya mempunyai pengetahuan serta berkebolehan untuk membuat pilihan yang bijak. Pembaziran tidak akan berlaku sekiranya pengguna mempunyai pengetahuan yang lengkap tentang sesuatu barangan.
No comments:
Post a Comment