Menyusun dan Menanam Tanaman Landskap
Kaedah menyusun dan menanam tumbuhan hiasan pada taman mini bergantung kepada jenis taman mini yang akan dibina iaitu taman mini bekas terbuka, taman mini bekas tertutup atau taman mini di tapak atau plot.
Langkah-langkah menyusun dan menanam tanaman hiasan pada taman mini terbuka, di tapak atau di plot termasuklah:
1. Buat satu lubang penanaman dengan menggunakan sudip pada tempat penanaman mengikut pelan.
2. Letakkan anak pokok ke dalam lubang penanaman tersebut.
3. Timbuskan pengkal anak pokok dengan medium penanaman dan padatkan.
4. Lakukan siraman.
Tuesday, August 31, 2010
Landskap Taman Mini
Reka Bentuk Taman Mini
Taman mini ialah taman yang ditanam dengan pokok hiasan yang bersaiz kecil di kawasan yang terhad.
Prinsip Reka Bentuk Taman Mini
1. Keringkasan
2. Keanekaan
3. Keseimbangan
4. Penumpuan dan penegasan
5. Turutan
6. Skala
7. Skala

Labels:
PERTANIAN
Tanaman Landskap
Fungsi Tanaman Landskap
1. Memberi perlindungan dan teduhan daripada hujan, angin, sinaran matahari dan silauan cahaya.
2. Membentuk ruang di mana tanaman landskap boleh membentuk sempadan kepada ruang-ruang tertentu. Contohnya, antara ruang pejalan kaki dengan laluan kenderaan.
3. Menghadang pemandangan yang tidak menarik. Contohnya, kawasan sungai yang telah tercemar.
4. Mengarah pergerakan, petunjuk arah atau persimpangan. Contohnya, binaan landskap yang mengarah pergerakan pejalan kaki.
5. Mengindahkan pemandangan
6. Mengurangkan kebosanan. Warna-warna pada landskap boleh menghilangkan kebosanan orang yang melihatnya.

Landskap
Maksud Landskap
Landskap ialah satu usaha untuk memelihara alam sekitar dan keindahannya supaya manusia dapat hidup dengan lebih selesa dan harmoni.
Kepentingan Lanskap Terhadap Kehidupan
1. Kepentingan dari sudut ekonomi
2. Kepentingan kepada alam sekitar
3. Kepentingan estetika

Ekonomi | •Perniagaan nursery : membekalkan pelbagai jenis pokok hiasan, bahan tanaman, medium dan bekas penanaman, peralatan perkebunan, baja dan racun kimia. •Kedai bunga : menerima tempahan bunga dan menjual bunga-bunga segar •Kontraktor landskap : terlibat dalam kerja melukis pelan, mereka bentuk landskap, penanaman,pembinaan struktur dan penyenggaraan. •Menggalakkan aktiviti pelancongan |
Alam Sekitar | •Mengawal hakisan tanah •Mengawal suhu persekitaran •Mengawal pencemaran alam •Imbangan ekologi dan kehidupan fauna |
Estetika | •Menarik dan dapat meningkatkan nilai estetika sesuatu kawasan •Merangsang ketenangan jiwa •Mempertingkatkan taraf hidup kerana kawasan landskap dapat mendatangkan kebaikan dari sudut kesihatan |
Labels:
PERTANIAN
Monday, August 30, 2010
Tukul
TUKUL
Tukul merupakan satu alat tangan yang digunakan dalam bengkel kejuruteraan . Pada amnya tukul boleh dibahagikan kepada dua jenis, tukul besi dan tukul Lembut
TUKUL BESI
Tukul besi digunakan untuk kerja kerja menggegas dan menanda. Muka dan bongkol kepala tukul di keraskan dan dibaja dengan baik supaya tidak mudah sumbing dan mengembang apabila ditukul. Bahagian keliling lubang dan leher dibiarkan lembut . Batang tukul diperbuat dari kayu hickory,ash atau spotted gum. Berat tukul besi ialah antara .25 kg. hingga 1.5 kg. Untuk kerja-kerja am, tukul seberat 0.5kg hingga 1 kg. digunakan. Tukul yang ringan d gunakan untuk kerja-kerja menanda . Menukul boleh dilakukan dengaan kuasa jentera selain dengan cara biasa, iaitu dengan tangan.
JENIS-JENIS TUKUL BESI
i. Tukul bongkol bulat
ii. Tukul bongkul lurus
iii.Tukul bongkol tirus
Tukul bongkol bulat
Bongkol kepala tukul ini berbentuk separuh bulat. Bahagian permukaan rata digunakan untuk menatal dan membuat kerja am seperti untuk menukul kepala pahat dan alat-alat menanda . Bongkol bulat pula digunakan untuk meribet.
Tukul bongkol lurus.
Kepala tukul ini searah dengan paksi hulunya. Tukul jenis ini digunakan untuk menukul bahagian –bahagina yang tidak bolih dilakukan oleh tukul kepala bulat.
Tukul bongkol tirus.
Kepala tukul ini bersudut tepat dengan paksinya. Kegunaannya sama dengan tukul bongkol lurus. Kecuali sudut penggunaan nya berbedza. Tukul ini digunakan jika tukul kepala lurus tidak bolih digunakan.
TUKUL LEMBUT
Tukul lembut digunakan untuk menukul bendakerja yang telah siap supaya permukaan bendakerja itu tidak rosak. Tukul lembut juga terbahagi kepada tiga jenis. Iaitu:
i. Tukul bongkol kulit
ii. Tukul bongkol plastik
iii.Tukul bongkol gangsa
Tukul bongkol Kulit
Tukul ini digunakan keatas logam lembut saperti tembaga atau loyang. Ia tidak akan meninggalkan kesan pada bendakerja. .
Tukul bongkol plastik
Digunakan pada logam yang biasa digunakan dalam bengkel. Tetapi apabila ia digunakan pada logam yang lebih lembut, hendaklah lebih berhati-hati, supaya tidak meninggalkan kesan.
Tukul bongkol gangsa
Apabila tukul ini di hentak , ia tidak akan melantun saperti kedua-dua jenis tukul diatas. Hentakan yang kuat boleh dilakukan tetapi haruslah berhati-hati terhadap logam yang dihentak adalah logam lembut. Ia digunakan semasa kerja kerja pemasangan.
Langkah keselamatan semasa menggunakan tukul
i. Pastikan bahawa batang pemegang adalah ketat kepada kepala tukul.
ii. Jangan gunakan tukul jika tangan berminyak
iii. Kawasan kerja mestilah lapang , tidak ada apa-apa menghalang kelancaran untuk menukul.
iv. Pastikan bahawa tidak ada sesiapa pun dibelakang semasa menukul.
v. Gunakan ketukan yang seimbang sekadar dengan keupayaan tenaga sendiri.

KEMAHIRAN TEKNIKAL
Friday, August 13, 2010
Hak Pengguna
Tujuan dan Kepentingan Menjaga Hak Sebagai Pengguna
1.Menjadi Pengguna yang Tidak Mudah Ditipu
Pengguna hendaklah sentiasa menjaga kepentingan haknya dan sentiasa berhati-hati dalam segala tindakannya. Mereka akan merancang belanjawan untuk memenuhi keperluan dan kehendak serta sentiasa peka dan tidak mudah tertipu dengan iklan-iklan di sekelilingnya.
Pengguna dan Konsumerisme
Pengguna
Pengguna/konsumer ialah orang yang menggunakan barang, perkhidmatan dan sumber alam semula jadi.
Konsumerisme
Konsumerisme/kepenggunaan ialah segala kegiatan yang dilakukan oleh orang ramai untuk menjaga hak dan kepentingan mereka sebagai pengguna.
Hak dan Tanggungjawab Pengguna
Pengguna yang bijak adalah pengguna yang tahu dan menyedari haknya sebagai pengguna serta bertindak dengan bijaksana dan bertanggungjawab. Terdapat 8 hak pengguna :

- Ganti rugi atau pampasan
- Pendidikan
- Mendapatkan maklumat
- Membuat pilihan
- Alam sekitar yang bersih
- Keperluan asas
- Mendapatkan perlindungan
Pengguna yang bijak adalah pengguna yang tahu dan menyedari haknya sebagai pengguna serta bertindak dengan bijaksana dan bertanggungjawab. Terdapat 8 hak pengguna :
- Hak mendapat keperluan asas
- Hak menikmati alam sekitar yang sihat dan selamat
- Hak membuat pilihan
- Hak mendapat maklumat
- Hak mendapat pendidikan kepenggunaan
- Hak mendapat ganti rugi
- Hak mendapat keselamatan
- Hak bersuara
Labels:
PERDAGANGAN DAN KEUSAHAWANAN