Nilai Makanan
Apabila kita menaiki tangga yang curam, adakah kita akan :
- Berpeluh dengan banyak?
- Merasa panas?
- Termengah-mengah?
- Penat?
Sebab yang utama ialah, anggota badan kita telah menggunakan semua tenaga yang ada namun, keadaan akan kembali normal apabila tenaga itu digantikan.
Setelah dicerna, makanan akan mengeluarkan haba dan tenaga untuk :
- Memanaskan tubuh badan kita.
- Membolehkan semua organ dalam badan kita berfungsi walaupun semasa berehat.
- Memberikan tenaga untuk kita melakukan tugasan harian.
- 1 kilokalori ialah hitungan tenaga haba yang diperlukan untuk menaikkan suhu 1 gram air kepada 1 oC.
Selain kalori, joule juga digunakan untuk mengukur tenaga. Unit joule adalah terlalu kecil dan oleh itu, kilojoule (kJ) atau megajoule (MJ) digunakan.
1 kalori = 4.184 kJ
1 kilokalori = 4184 kJ =4.184 kJ
1000 kilokalori = 4184000 J = 4.184 MJ
Nilaian tenaga nutrien-nutrien dalam makanan adalah seperti berikut :
1 gram protein boleh menghasilkan 4.0 Kalori atau 17 kJ
1 gram karbohidrat boleh menghasilkan 4.0 Kalori atau 17 kJ
1 gram lemak boleh menghasilkan 9.0 Kalori atau 37 kJ
Faktor-faktor yang Mempengaruhi Peruntukan Kalori
Faktor-faktor | Kumpulan yang memerlukan lebih tenaga | Kumpulan yang memerlukn kurang tenaga |
Umur | Bayi Kanak-kanak Remaja (sedang membesar dan sangat aktif) | Sebilangan orang dewasa (aktiviti organ dalam badan perlahan) |
Jantina | Lelaki - mempunyai lebih banyak otot-otot tisu keras yang memerlukan tenaga yang lebih untuk memeliharanya - lebih aktif | Perempuan Mempunyai kurang otot-otot tisu yang keras Kurang aktif |
Saiz badan | Orang yang tinggi atau mempunyai saiz badan yang besar | Orang yang kecil saiz badannya |
Pekerjaan | Pekerja yang menjalankan kerja berat, misalnya tukang kebun kerana banyak menggunakan tenaga jasmaninya Pekerja aktif | Pekerja pejabat yang sepanjang masa membuat sedikit riadah atau tidak beriadah langsung Pekerja pasif |
Kesihatan | Orang yang sakit atau sedang pulih dari pelbagai penyakit atau kecederaan Ibu hamil kerana banyak menggunakan tenaga untuk aktiviti organ dalam tubuh dan gerakan | Orang yang berpuasa atau orang yang kekurangan zat makanan memerlukan kurang tenaga untuk mencerna makanannya. |
Aktiviti individu | Orang yang aktif - aktiviti organ dalam badan bergerak lebih cepat untuk menerima lebih banyak oksigen - badan menjadi lebih panas dan lebih berpeluh untuk mengawal suhu badan | Orang yang pasif tidak menggunakan tenaga dengan begitu cepat |
Iklim | Lebih banyak tenaga diperlukan untuk memanaskan badan di tempat beriklim sejuk atau pada musim sejuk | Kurang tenaga diperlukan untuk memanaskan badan di tempat beriklim panas atau pada musim sejuk |
No comments:
Post a Comment