Wednesday, August 11, 2010

Cara Menjaga dan Membersihkan Mesin Jahit



Cara Menjaga Mesin Jahit


  1. Elakkan meletak mesin di tempat yang terkena cahaya matahari secara langsung (ini bagi mengelakkan permukaannya rosak).
  2. Lapkan bahagian mesin selepas digunakan dan tutup mesin dengan penutup apabila tidak digunakan.
  3. Minyakkan mesin mengikut keperluan (tujuan : supaya mesin bergerak dengan lancar).
  4. Jangan titiskan minyak mesin secara berlebihan (ini boleh memyebabkan fabrik menjadi kotor).
  5. Jangan gerakkan mesin yang benangnya terpasang tanpa fabrik yang hendak dijahit (tujuan : mengelakkan benang tersimpul pada mesin).
  6. Longgarkan tali, mesin dan skru pemberhenti jika mesin tidak digunakan.
  7. Sekiranya mesin tidak digunakan dalam jangka masa yang panjang, turunkan tapak penekan jahitan dan alas dengan fabrik tebal.
  8. Servis mesin sekurang-kurangnya setahun sekali bagi menentukan mesin dalam keadaan yang baik.

Cara Membersihkan Mesin

  1. Tanggalkan jarum mesin.
  2. Keluarkan tapak penutup rumah sekoci dan tapak gigi penolak.
  3. Condongkan kepala mesin sedikit untuk membersihkan bahagian bawah dengan menggunakan berus lembut.
  4. Kumpulkan habuk dan benang yang terdapat pada mesin.
  5. Minyakkan semua lelubang minyak pada mesin dan jalankan mesin untuk meratakan minyak pada setiap bahagian mesin. Lapkan minyak yang berlebihan.
  6. Pasang semula bahagian-bahagian yang telah dikeluarkan.
  7. Pasangkan jarum.
  8. Letakkan sekeping fabrik tebal yang boleh menyerap minyak di bawah tapak penekan jahitan. Turunkan tapak penekan jahitan.
  9. Lap seluruh mesin dengan menggunakan kain penyelap.

No comments:

Post a Comment